Kepada Hati Yang Mendengar.

Saturday, January 12, 2013

So close to that dark room.
Sebuah bilik yang menyimpan segala kisah duka seorang insan,
 bilik yang melihat kejatuhannya dan di bilik itu air matanya tidak berhenti mengalir.

Bilik gelap itu mengundangnya kembali pada kemurungan dan kesakitan.
Kembali menjadi dia yg lemah.
Yang hanya menundukkan muka.
Di bilik itu, dia mahu menjerit meminta pertolongan tak tahan penderitaan yang dilalui.
Namun yang ada hanga kehampaan, kekosongan dan dirinya sendiri.

Ntah bagaimana suatu hri dia mengumpul kekuatan,
menyapu air matanya dan berjanji untuk tidak lagi menangis kerana dunia.
Lalu dikerah seluruh tenaga memulas tombol dan menarik pintu yang sangat berat itu.
Dia melangkah keluar dengan harapan mencari sinar itu sendiri.
Sudah puas dia menjerit, merayu, memohon pertolongan pada hati yang mendengar
Kini dia redha sendiri menghadapi dunia. Segenggam tabah menjadi sandaran.

Berbulan-bulan dia bertahan.
Segala rasa pedih, malu, bingung disingkir jauh kerana dia nekad untuk tidak kembali ke bilik gelap itu.
Tapi dunia terus berputar seiring waktu menduganya, menggodanya untuk kembali jatuh.
Dia terus bertahan memasak kaki ke bumi.

Kadang dia terasa ragu adakah dia akan kekal tabah.
Saat dunia kecilnya goyah kerana dugaan
perasaan takut mula menguasainya seperti bayang-bayang gelap yang mengejar.
Malam tadi dia bermimpi lagi, didekat hantu-hantu yang inginkan nyawanya.
Dia terjaga dalam gelisah seolah benar mimpi itu.

Dunianya yang goyah, bilik gelap yang berbisik, sampai bila dia mampu bertahan?
Dia terus menjerit mengharap ada hati yang mendengar.

0 comments: