Zill faezrul,
Aku fahami kekeliruanmu
Kegundahanmu tentang maksud takdir
Dia yang terpisah
Dalam relung masa dan waktu
Kini didepan mata
Menggugat rasa
Zill faezrul,
Aku mengerti usahamu,
Kerana kau akur
Takdir pertemuan di tangan tuhan
Dia cuba menjauh
Mahu lari dari sisimu
Kau kuatkan jiwa
Bertawakal dan terus redha
Zill faezrul,
Tabahmu hasil doa
Menyubur iman dan taqwa
Antara istikharah dan akal
Kau pilih tawakal
Dia akhirnya akur
Kau memang jodohnya
Dunia akhirat
Kini lamanmu kembali hijau,
Bunga mekar dijambangan
Angin lalu tak terasa sepi
Saat isterimu disisi
Buat armel aisyah,
Dia anugerah terindah
Kurnia tuhan bawa hidayah
0 comments:
Post a Comment