Di balik bayang

Wednesday, July 1, 2015

Aku mengenali seseorang, sekadar dari jauh, memerhati dirinya tanpa dilihat. Dia begitu berani menempuh hidup ini, tidak seperti aku yg sering menyorok dibalik bayang-bayang. Dia merantau merata tempat sehingga ke satu kawasan aku sendiri tak berani menjejak seorang diri. Tetapi dia berani. 

Berani dia pincang kali ini. Hati dia keliru, cemburu. Aku mahu tahu, kenapa dia begitu? Kenapa dia begitu kecewa? Apa yang berlaku kepadanya? Apa yang berlaku kepada senyumannya, yang kini begitu dingin tak berseri? Aku mahu bertanya tetapi aku sedar tempat aku, lalu aku kembali dalam bayangan. 

Hanya yang dapat aku hulurkan, sekeping doa supaya dia beroleh tenang. Kepada sang Pencipta, Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, aku berdoa supaya dia temui jalan ke syurga. 

Andai aku dapat peluang berbicara hati ke hati dengannya, ada beberapa perkara yg ingin aku katakan. "Aku juga seperti kamu, sering keliru dengan hala tujuku, kiri kanan rasa berliku. Saat semua menghempap jiwa, pejamkan mata, tarik nafas sedalam-dalamnya, rasakan jiwamu, dan tanya apa destinasi sebenar hidup ini. Tak kira jalan mana kau pilih, andai kau tahu mana destinasi, kau takkan pernah tersasar. Kita takkan pernah tersasar. Mana destinasi itu? Sudah semestinya cuma satu, cuma satu yang benar-benar berbaloi perjalanan hidup yang penuh dugaan, hanya satu, iaitu ke SYURGA. Destinasi abadi, hakiki dan terindah melangkaui imaginasimu sendiri. Apa sahaja yang kau lakukan, kekallah jalan ke syurga."

Sampai bila aku harus bersembunyi? Hanya Allah yang tahu. 

0 comments: