Jodoh dari Allah

Sunday, August 10, 2014

Mereka ketawa, mereka menyeringai, mereka berkata
Mungkin kau jodohku
Terperosok aku tersipu

Dalam ketawa aku menangis
Dalam tangis aku ketawa
Seluruh jiwa bersatu bicara
Mereka bukan tuhan

Tatkala basah wuduk damai menyejuk
Sujudku lama mohon ampunan
Kerana terbuai cinta dunia
Khusyukku satu raih kekuatan
cinta dunia bawa ke syurga

Dalam zikir, tahmid dan takbir
Doaku sisip agar tenang lara
Tiada penolong sebaik Dia

Masa bergilir sepi
Tapi aku tetap damai
Redha sudah sebati

Andai benar kata mereka,
Akan ku jaga dirimu setulus jiwa
Andai benar telah disangkal,
Akan ku jaga hati dan iman
Cuma satu kekal sama
Allah melindungi dan menyayangiMu
Walau dimana engkau berada

0 comments: