Rindu

Friday, August 29, 2014

Tubuh tua itu
Berada di hadapanku
Sedang hatinya
Terbang jauh
Menghadap jendela 
Menerobos awan

Mata tua itu
Tersenyum indah
Melihat dirimu
Kembali di sisi
Terus berdoa
Agar kamu kekal disini

Bibir tua itu
Menyebut lagi namamu
Kisah demi kisah disingkap
Dari kamu membuka mata
Hingga kini terbang tinggi

Dan aku 
Masih mahu mendengar
Masih mahu melihat
Tentang kamu dan dia
Kerana aku rindu
Pada keduanya


0 comments: