SELAMAT HARI RAYA KEPADA SEMUA UMAT ISLAM SELURUH DUNIA. MAAF SEKIRANYA SAYA ADA BUAT SILAP KEPADA SESIAPA.
Hari Raya selalunya disambut dengan gembira, tapi diri ini terasa begitu sunyi. Bukan kehendak hati xnak pergi bertakbir raya dengan kawan2 di Clayton tpi kerja menggunung. Sudah lah 2 minggu xdatang kelas langsung, so banyak la yang nak kena study. Lagipun, xnak lah menjawab soalan2 atau membalas pandangan2 pelik diaorang. Walau sejuta alasan yang diberi, mereka xkan faham apatah lagi untuk menerima. Nanti hati ni juga yang sakit.
Kemarahan memang membuak-buak, tapi harus dipendam semua itu kerana jika tidak semakin banyak masalah yang timbul. Benar, bukan senang orang nak terima apa yang kita lakukan sekiranya memang terbukti berdosa. Namun, yang sangat terkilan ialah kerana ada yang menyatakan kesalahan itu terang-terangan. Tidakkah mereka tahu, perasaan bersalah memang sentiasa dalam diri ini. Baru kini mereka mendekati, menyatakan rasa bersalah membiarkan aku hanyut dalam tekanan. Sekaligus meminta aku datang kepada mereka sekiranya ada masalah. Xkanlah aku nak jumpa semua orang yang aku kenal ceritakan masalah aku,. Xkanlah nak pergi ke hulu hilir dengan air mata. Kenapa tidak mereka yang datang kepada aku?
Bukan aku pendam semua duka yang ada. Aku beritahu hampir semuanya kepada Ila, tapi Ila sendiri tertekan dengan pelajaran dia. Dia juga sibuk, berusaha keras untuk kekal di Monash. Malah Ila dah cukup baik mendengar setiap luahan, cerita aku tanpa mengeluh atau rasa bosan. Kehadiran dia cukup bermakna dalam hidup aku.
Aku juga selalu meluahkan rasa jiwa dalam blog ini, Kak Alia pembaca tetap sentiasa prihatin dengan aku. Walaupun dia xpernah komen, tapi aku tahu dia sealu baca. Itu sudah cukup membuktikan dia kawan yang baik untuk aku.
Selain itu, Amal dan Adidah juga selalu berkunjung ke rumah. Kadang2 aku ke rumah mereka. Aku jarang cerita masalah kepada mereka tapi mereka memeriahkan hidup aku kat sini. Termasuk juga junior2 yang sentiasa peramah dan melayan aku dengan baik.
Bagi mereka yang tertinggal, yang semakin hilang dari hidup aku, janganlah rasa bersalah. Jangan juga mudah keluarkan kata2 tanpa memikirkan perasaan orang yang mendengarnya. Aku punya hati dan perasaan. Malah dalam keadaan sekarang, hati aku sangat rapuh, mudah terguris, mudah juga menangis. Cukuplah semua masalah yang ada sebelum ini. Janganlah ditambah. Sekiranya tidak mampu memahami, diam dan lihat sahajalah. Aku takut sekiranya mereka terus menekan, aku akan terus meninggalkan mereka. Kebahagiaan aku adalah keutamaan aku sekarang.
Maaf sekali lagi sekiranya bahasa yang diguna agak kasar. Tapi aku xmampu lagi menahan sakit hati ini, sedih jiwa ini, sendirian. Tiap2 hari menangis, boelh bengkak mata.
"Pernahkah kau bermimpi seketika,
berada di tempatku,
membayangkan pahit manis berlalu,
xsiapa yang tahu.
Mungkin nanti jua,
merasakan berdepan dengan kata menyesakkan,
xkan kubumu kebal, tiada pertimbangan.
Keheningan malam membayangkan,
kepayahan jiwa meluahkan,
andai kau jujur memahami,
tiada ku menjauhi,
dan kisahku yang masih panjang,
menambahkan berat yang memandang,
lantasku pendam, kuputuskan, biarlah rahsia." - Biarlah Rahsia.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment