Johan menikmati secawan mocha yang dihidangkan Sheri dengan penuh
kenikmatan. Aroma kopi juga roti dan suasana kesibukan cafe andaman sudah
menjadi sebati dalam dirinya sejak dia mengenali Sheri. Tanpa disedari, dia
sudah menjadi pengunjung setia cafe ini.
Sheri menapak laju ke arahnya sambil membawa sepinggan croissant. Johan
membetulkan kolar bajunya lalu menyembut senyuman Sheri semanis-manisnya.
"Apa yang awak nak tahu?" Pertanyaan Sheri membuatkan johan
tertawa kecil.
"Banyak perkara yang saya nak tanya. Tapi soalan pertama saya ialah
macam mana awak tahu yang saya nak tahu sesuatu sedangkan saya belum beritahu
yang saya nak tahu sesuatu?"
"Eye is the window to the soul. Mata awak penuh dengan tanda tanya.
Senyuman awak seakan memujuk untuk saya lebih terbuka. Dahi awak pula sedikit
berkerut saat otak awak ligat berfikir bagaimana untuk membuka bicara." Sheri
dan madahnya. Semakin dia mengenali Sheri, semakin banyak yang dia kagumi
tetapi cuma satu, gadis ini banyak berahsia.
"Kes pencuri emas. Kami berjaya menangkap pembunuhnya atas jasa awak
tapi ada beberapa perkara yang saya masih tak faham."
"Oh. Tapi simpan dulu soalan-soalan awak, nampaknya saya ada pelanggan
baru."
Seorang wanita berjalan dengan penuh yakin ke arah mereka bersama seorang
lelaki yang kelihatan agak resah. Wanita berbaju merah memberi salam kepada
mereka berdua lantas duduk tanpa dipelawa.
"Cik Sheri, maaf mengganggu, saya perlukan khidmat cik." Sebelum
dia sempat menyambung, lelaki yang masih berdiri di sebelahnya memegang
pergelangan tangannya dan memberi isyarat untuk melangkah pergi.
"Kakak encik datang dengan niat untuk membantu encik. Saya rasa tak
salahkan? Silakan duduk. Berapa banyak kerugian yang encik tanggung?"
Lelaki itu terpinga-pinga dan duduk di sebelah kakaknya. Dia menjawab soalan Sheri
dengan gagap.
"RM15 000. Macam mana..."Sheri hanya tersenyum kepada mereka.
"Saya adiba dan ini adik saya zahid. Dia sepatutnya melangsungkan
perkahwinan ahad lepas tetapi tunangnya sudah larikan diri bersama wang
hantaran. saya nak minta cik Sheri cari penipu ini. saya nak duit saya
balik." Wajahnya kemerahan lantaran perasaan marah yang membuak-buak.
"En zahid, boleh ceritakan apa yang berlaku?" Zahid memandang
johan dengan curiga. Johan bangun untuk pergi tetapi dihalang Sheri.
"Ini kawan saya, johan dan dia juga penyiasat. Kalau en zahid tak mahu
dia di sini, saya tak dapat tolong. Encik perlu cari orang lain."
"Baiklah, tapi tolong jangan hebahkan hal ini. 3 bulan lepas, saya
diperkenalkan kepada rakan sepejabat saya dengan seorang wanita. Kali pertama
berjumpa saya sudah terpikat. Namanya Ayu, seayu wajahnya. Dia seorang yang
lemah-lembut, dan sopan santun. Selepas itu, kami semakin rapat dan saya
luahkan perasaan saya kepada dia. Dia juga sukakan saya lantas kami membuat
keputusan untuk berkahwin. Walaupun usia perkenalan cuma 3 bulan, saya rasa
seperti sudah lama mengenali dia. Saya sukakan kucing, dia juga begitu. Saya
sukakan kanak-kanak, dia juga sukakan mereka malah dia merupakan guru tadika.
Saya suka makanan barat, dia juga sukakan makanan barat. Malah kami juga ada
hobi yang sama, mengumpul beraneka cengkerang di pantai. Kami sehati
sejiwa.tapi saya tak sangka dia sanggup tinggalkan saya seminggu sebelum
pernikahan kami. Malah dia cuma memberitahu untuk berpisah melalui sms."
Zahid tertunduk sayu. Genangan air mata ditahan dari jatuh. Cukuplah hanya
maruahnya tercalar, dia tidak mahu harga dirinya turut tercabar. Melihatkan
keadaan itu, kakaknya menghulurkan sekeping gambar seorang gadis cantik, manis
bertudung litup. Dia kelihatan ayu memakai baju kurung berwarna hijau muda
dipadankan dengan selendang berwarna sama. Tidak hairanlah zahid sangat
tertarik dengan gadis ini.
"Ini alamatnya. Saya sudah pergi kesana tetapi tuan rumah memberitahu
bahawa dia sudah pindah. Saya juga pergi ke tadika tempat kononnya dia berkerja
tetapi tiada siapa mengenali pekerja bernama Ayu."
"Boleh puan ceritakan peribadi dan latar belakang Ayu?"
"Saya pernah berjumpa dengan dia beberapa kali. Seperti zahid katakan,
dia seorang yang sopan dan lemah lembut. Dia juga seorang yang peramah dan
murah dengan senyuman. Dia beritahu saya yang dia anak yatim piatu setelah ibu
bapanya mati dalam kemalangan jalan raya tapi mungkin itu juga tak benar. Saya
sebenarnya mencurigai dia sejak dari mula. Dia terlalu sempurna dan menepati
semua ciri yang zahid mahukan. Bukan itu sahaja, ketika dia bertandang ke rumah,
telefonnya berdering beberapa kali tetapi dia tidak mahu mengangkatnya sehingga
saya suruh dia menjawab panggilan itu. Dia kelihatan resah dan minta untuk ke
luar untuk menjawab panggilan itu. Saya cuba curi-curi dengar tetapi saya cuma
dapat menangkap sedikit perbualan mereka, dia kata 'jangan risau, semua
berjalan lancar."
Johan kemudian bertanya kepada zahid, "encik zahid, bagaimana hubungan
kamu dengan ayu?"
"Kami sangat bahagia, itu yang saya rasa dan saya tahu dia juga
bahagia. Setiap kali kami berjumpa dia sangat ceria. Dia seorang pendengar yang
baik dan dia bertahan dengan semua kerenah saya. Dia sempurna dimata saya sebab
tu sampai sekarang saya masih percaya yang dia bukan penipu dan dia benar-benar
sayangkan saya."
"Jadi kamu selalu berjumpa?"
"Ya. Saya selalu makan tengahari bersama dia."
"Makan malam?"
"Kami tak pernah makan malam bersama. Dia kata makciknya tidak membenarkan dia keluar malam."
"Makan malam?"
"Kami tak pernah makan malam bersama. Dia kata makciknya tidak membenarkan dia keluar malam."
"Jadi kamu akan jemput dia dari tempat kerja?"
"Dia tak mahu anak muridnya melihat dia bersama dengan lelaki, mereka suka mengusik dia jadi dia akan tunggu di hujung simpang berdekatan dengan tadika."
"Bagaimana dengan hujung minggu?kamu ada keluar bersama?"
"Sekali sekala. Dia kata makciknya juga tidak benarkan dia kerap keluar pada hujung minggu. Kotaraya amat bahaya bagi gadia kampung seperti dia. Sebab itu, saya cepat-cepat melamarnya, supaya hubungan ini menjadi halal dan saya boleh melindungi dia."

"Ayu ada apa-apa tabiat pelik atau sesuatu yang menarik tentang
dia?"
Zahid terdiam sebentar. Johan melihat Sheri memandang zahid dengan penuh
perhatian seolah-olah cuba membaca sifat lelaki itu. Zahid hanya menggelengkan
kepala.
Setelah berjanji untuk menghubungi mereka jika ada apa-apa perkembangan, Sheri
mengajak johan ke suatu tempat. Sepanjang perjalanan, dia hanya mendiamkan
diri, tenggelam dalam pemikirannya sendiri. Setelah 15 minit pemanduan, mereka
sampai ke sebuah rumah banglo dua tingkat.
Rumah yang dihias dengan dekorasi moden bertemakan warna putih ala inggeris
kelihatan cantik dan ringkas. Mereka disambut oleh orang gaji, mek jah, berusia
dalam awal 50an. Sheri mengajaknya ke sebuah bilik tingkat atas rumah itu.
Johan ternganga saat melangkah masuk ke dalam bilik itu. Bilik yang berkeluasan
xxxkaki itu dikelilingi oleh rak-rak yang dipenuhi dengan ratusan buku tersusun
kemas. Di tengahnya terdapat sebuah meja dan 4 buah kerusi. Suasana ini
mengingatkan dia pada perpustakaan sekolah. Baginya seorang yang hanya
menjejakkan kaki ke perpustakaan setelah dipaksa, dia tidak menyangka seseorang
akan membina perpustakaan di dalam kediaman mereka. Dia dapat membayangkan
kesengsaraan yang akan dia rasa sekiranya terperangkap dalam bilik ini,
dikelilingi buku-buku yang membosankan. Dia menggeleng-gelengkan kepala cuba
membuang bayangan ngeri itu.
"Jangan risau, saya tak akan kurung awak dalam perpustakaan ini dan
biarkan awak mati kebosanan. Walaupun ianya bunyi agak
menyoronokkan."tingkah Sheri dalam tawanya.
"Awak baca semua buku-buku ini? Biar betul."
"Kenapa tidak. Buku adalah jambatan ilmu yang boleh membawa manusia
meneroka ke dunia lain tanpa perlu menggerakkan otot kaki. "
"Dan sangat sesuai dijadikan bahan untuk tidur. Kenapa kita kat
sini?" Johan bernada kesal mengikuti Sheri pulang ke rumah.
"Untuk menyiasat. Jadi inspektor, apa pendapat awak tentang kes
ini?"
"Hmm...ia mungkin satu kes dan mungkin juga tidak. Mungkin Ayu
menghilangkan diri kerana dia tiba-tiba rasa takut dengan bayangan komitmen
sebagai isteri. Atau mungkin bekas teman lelakinya muncul kembali dan mereka
kembali bersama."
"Bagaimana dengan wang hantaran? Bukan ke dia patut
memulangkannya."
"Sepatutnya ya. Mungkin dia akan pulangkan semula kemudian. Terlalu
banyak kemungkinan." Johan mengeluh.
"Jadi, kita patut keluarkan semua fakta yang ada dan buang semua
kemungkinan yang tidak masuk akal. Apa yang kita tahu tentang Ayu?"
Johan lantas mengambil marker dan mula menulis di atas papan putih semua
fakta berkaitan Ayu. Walaupun ini bukan kes polis tapi dia nekad untuk membantu
namun bukan atas nama keadilan atau kasihan, lebih kepada perasaan ingin
tahunya tentang apa sebenarnya yang berlaku. Pada masa yang sama, Sheri
menggunakan komputer untuk mencari semua maklumat berkaitan zahid dan ayu di
media sosial. Bidang penyiasatan telah banyak berubah dengan kehadiran
teknologi. Banyak maklumat yang boleh diperolehi dalam masa yang singkat
menjadikan mencari maklumat bukan lagi cabaran. Cabaran terbaru ialah menapis
maklumat yang berguna dan berkait dengan kes. Selepas selesai menjalankan tugas
masing-masing, tugas yang dicipta secara neutral tanpa sebarang perbincangan,
mereka membentangkan semua fakta yang ada dimulakan dengan Johan.
"Ayu berusia 25 tahun, berasal dari Kemaman, Terengganu. Dia berhijrah
ke Kuala Lumpur untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang sastera di Universiti
Kebangsaan Malaysia. Dikatakan bekerja sebagai guru tadika tetapi tiada bukti
dan saksi. Selain itu, dia mempunyai rupa paras yang menawan. Saya juga mungkin
akan terpikat kalau dia datang mengorat."
"The beautiful liars. Kalau betul dia penipu. Hubungan zahid dan ayu
normal, sangat sempurna bak kata zahid. Tapi sempurna hanya wujud dalam kisah
dongeng. Cuba awak tengok gambar-gambar di facebook zahid. Perasan tak satu
yang pelik."
Johan memerhatikan gambar yang dimaksudkan Sheri seketika tetapi kemudian
menggelengkan kepalanya.
"Saya pernah kata eye is the window to the soul. Zahid memang nampak
gembira, mata dan bibirnya tersenyum gembira. Seluruh wajahnya menggambarkan
kegembiraan itu. Tapi tidak ayu, dia senyum tetapi hanya kelihatan di
bibir."
"Mungkin itu memang cara dia senyum atau cara dia bergaya depan
kamera. Saya rasa kita patut siasat latar belakang ayu dengan lebih mendalam.
Kita patut ke rumah sewanya, mungkin kawan-kawan serumah dia tahu di mana dia
berada."
"Awak pergilah. Saya malas." Jelas dari wajahnya, ada sesuatu
yang mengganggu. Johan mengeluh melihat perubahan mood Sheri. Sangat susah
untuk dijangka dan sangat menyakitkan hati. Dengan hati yang bengkak, dia
berlalu pergi. Kenangan lama mula mengimbau, ketika dia bersama dengan bekas
isterinya dahulu, saat bahagia di awal perkahwinan mereka yang kemudian diganti
dengan sengsara apabila badai mula melanda. Dia sendiri tak pasti bila sengketa
itu mula bermula. Mungkin dari malam-malam yang dihabiskan di pejabat,
meninggalkan isterinya sendiri. Dia terlalu sibuk mengejar penjenayah, melawan
kejahatan sehingga dia terlepas pandang kejahatan yang mula menjalar dalam diri
isterinya sendiri. Mungkin juga sengketa bermula dari malam-malam dia pulang ke
rumah bersama tekanan yang membuatkan rumah tangga yang di bina akhirnya roboh.
Lamunan penuh sesalan Johan terhenti bersama keretanya saat dia tiba di rumah
sewa Ayu.
Seorang wanita awal 20an melangkah ke arah rumah Ayu dan berhenti apabila
mendengar johan memberi salam kepadanya. Sejurus memperkenalkan diri sebagai
kawan Ayu, dia mengajak rakan serumah ayu yang bernama Juita ke kedai makan
berhampiran.
Menurut Juita, dia sudah lama menyewa di rumah itu dan berkenalan dengan
Ayu selepas ayu menyewa bersama. Namun, hubungan mereka tidak lebih dari kawan
serumah kerana ayu tidak pernah menceritakan kisah peribadinya. Dia banyak
menghabiskan masa sendiri bekerja atau memerap di dalam bilik. Malahan, dia
tidak tahu yang Ayu akan berpindah. Dia hanya mengetahuinya apabila melihat
bilik ayu telah dikosongkan ketika dia bekerja. Johan mula merasakan yang dia
akan menemui jalan buntu. Juita kemudian teringatkan sesuatu.
"Saya pernah masuk ke bilik ayu ketika ketiadaanya untuk meminjam
pengepit kuku. Saya terlihat di atas mejanya terdapat sebuah buku seperti diari
berwarna hijau. Saya memang tak nak menyibuk tapi entah kenapa perasaan ingin
tahu saya membuak-buak jadi saya buka diari itu. Dalam diari itu ada sebuah
gambar, gambar dia dengan seorang lelaki tetapi bukan tunang dia. Dibelakang
gambar tu tertulis 'love forever. Nita & Napi'. Gambar tu bertarikh 11
Januari 2014, 3 bulan lepas dan berlatar belakangkan pantai."
"Awak pernah jumpa dengan zahid?"
"Ya. Saya pernah nampak zahid menghantar ayu pulang ke rumah."
"Ya. Saya pernah nampak zahid menghantar ayu pulang ke rumah."
Setelah menghantar juita pulang ke rumah, johan kemudian bertanya
jiran-jiran Ayu tapi tiada hasil. Di kota raya, mengambil berat diistilahkan
sebagai menyibuk jadi tidak hairanlah semua orang hanya menjaga tepi kain
sendiri. Johan akhirnya mengambil keputusan untuk pergi ke Tadika Kemas tempat
ayu dikatakan bekerja. Seperti yang dikatakan kakak zahid, tiada siapa bernama
ayu bekerja di situ. Dan tiada siapa mengenalinya berdasarkan gambar yang
ditunjukkan. Hari semakin mendung dan jam sudah menunjukkan 15 minit ke pukul
satu. Ketika johan melangkah ke keretanya, dia teringat bahawa zahid selalu
mengambil ayu di hujung simpang. Dia mengambil keputusan untuk berjalan ke
sana.
Di hujung simpang itu, dia terlihat susuk tubuh yang sangat dikenali
walaupun penampilannya sedikit berbeza.
"Sedang tunggu seseorang ke?" Pertanyaan johan membuatkan orang
itu berpaling. Sheri memandang johan lantas tergelak. Setelah tawanya berhenti,
wajah Sheri kembali tegang.
"Awak tahu, sangat susah untuk berjalan di bandar dengan memakai baju
kurung. Tambah-tambah dalam keadaan berangin seperti ini."
"Habis tu kenapa awak pakai baju kurung?"
"Untuk faham kenapa Ayu memilih watak gadis yang ayu untuk memperdaya
zahid."
"Bercakap tentang watak. Saya ada sesuatu yang menarik untuk beritahu
awak. Jom saya hantar awak balik. Hari dah nak hujan ni."
Johan menceritakan pertemuan dia dan Juita dan hasil siasatan di kawasan
kejiranan dan tadika.
"Anita bt Razak, usia 24 tahun berasal dari bukit beruntung, rawang,
selangor. Anak tunggal kepada pasangan Razak dan Maimunah yang bercerai ketika
dia di sekolah menengah. Ayahnya berkahwin lain dan berhijrah ke Perak
sementara ibunya menampung hidup mereka anak beranak dengan berniaga goreng
pisang di pasar malam. Anita sekarang ini berada di rumah ibunya menikmati
hasil penipuannya rm15000."
"Awak dah jumpa dia. Bila? Dah hubungi zahid."
"Kalau zahid tahupun, dia tak kan dapat balik duit dia. Lelaki yang
sedang dilamun cinta seperti dia tak akan buat apa-apa selain berlutut depan
Anita merayu untuk kembali kepada dia."
"Ok. Tapi macam mana awak jumpa Anita. Saya baru tinggalkan awak 3
jam, awak dah jumpa dia. Lebih baik awak ceritakan semua sementara kita
tersekat dalam traffic jam ni."
"Selepas berjumpa dengan mereka, saya minta zahid untuk menghubungi
kawan yang memperkenalkan mereka berdua. Kawannya kemudian menghubungi saya.
Dia kenal ayu setelah diperkenalkan oleh kawan futsalnya bernama hanafi atau
lebih dikenali sebagai Napi. Seperti saya jangka Napi turut hilangkan diri
selepas ayu pergi. Kawannya itu tak tahu di mana dia bekerja atau
tinggal."
"Jadi Napi terlibat dalam penipuan ni. Kemudian?"
"Kita tahu Napi selalu bermain futsal di pusat futsal seri gombak jadi
saya menghubungi rakan saya di sana yang kemudian memberitahu Napi hanya mula
bermain di situ 3 bulan lepas. Ini membuktikan yang anita dan Napi merancang
penipuan ini dari awal. Selain menyokong teori saya yang mereka professional
dan ini bukan angkara pertama. April 2012, sentol, seorang lelaki membuat
laporan polis bahwa seorang wanita menipunya dengan berjanji untuk berkahwi
tetapi kemudian meghilangkan diri selepas dia menghantar wang hantaran. Tiada
sebarang tangkapan dibuat. Pihak polis tidak menjumpai gadis yang menyamar
sebagai nisa itu. Ini gambar nisa. September 2012, satu lagi kes penipuan
dilaporkan dengan modus operandi yang sama tetapi kali ini di ampang. Februari
2013, seorang lelaki menulis dalam blognya bahawa tunangnya memutuskan
pertunangan mereka seminggu sebelum perkahwinan dan melarikan wang hantaran.
Julai 2013, kawan kepada kawan saya, menjadi mangsa penipuan gadis cantik ni.
Mungkin banyak lagi yang kita tak tahu. Berdasarkan 5 penipuan, anita berjaya
memperoleh hampir rm70000.
"Dasyatnya perempuan zaman sekarang ini. Kalau saya berkenan dengan
mana-mana perempuan, ingatkan saya untuk jalankan full background check." Sheri
tergelak medengar kata-kata johan.
"Jadi apa yang kita nak buat sekarang?"
"Bukan kita tapi awak."
"Ok. Saya akan hubungi pegawai penyiasat 2 kes yang dilaporkan dan
memberi dia semua maklumat yang kita tahu termasuk alamat Anita. Biar mereka
lakukan tangkapan dan siasat kes ini. Awak masih tak beritahu saya macam mana
awak tahu latar belakang anita."
"Awak rasa kenapa anita minta zahid tunggu dia hujung simpang
berdekatan dengan tempat kerja palsu dia yang jauh dari rumah? Di hujung
simpang itu, tiada tempat untuk berteduh. Kenapa tidak minta dia ambil di
kawasan deretan kedai berdekatan?"
"Sebab dia berlakon sebagai guru tadika jadi secara logik dia minta di
ambil berdekatan tadika."
"Kenapa dia berlakon sebagai guru tadika? Kenapa tidak berlakon sebagai pekerja kedai?"
"Apa kaitan dia berlakon jadi guru tadika dengan pencarian Anita?" Johan semakin tidak sabar dengan soalan demi soalan yang dilontarkan Sheri.
"Johan, semuanya ada kaitan. Setiap yang anita lakukan perlu untuk menjalankan misi dia dan tugas kita melihat setiap pertalian yang ada." Sheri menarik nafas perlahan-lahan sebelum menyambung
"Dengar baik-baik inspektor. Ayu cuma berjumpa dengan zahid ketika waktu makan tengahari dan kadangkala untuk makan malam di mana zahid akan menghantarnya pulang. Juita kata pada awak yang dia jarang berjumpa Ayu kerana Ayu selalu memerap dalam bilik. Di situ dia salah, Ayu tidak memerap dalam bilik tetapi sebenarnya dia jarang sekali pulang ke rumah sewanya. Jadi di mana dia selain waktu dia berjumpa zahid dan juita? Apa yang dia lakukan? Dalam facebook ayu, dia ada menyatakan kepenatan dia melayan beberapa orang budak seperti hakim dan emi. Dan dia juga ada menyebut tentang cikgu diana di tadika itu yang sememangnya wujud. Tapi bila saya bertanya tentang ayu pada cikgu diana, dia tidak mengenalinya dan apabila saya bertanya tentang budak bernama hakim dan emi, mereka wujud juga nakal. Jadi bagaimana dia tahu?"
Johan menbisu, membiarkan Sheri menyambung kata-katanya.
"Dia selalu memerhati mereka tanpa disedari. Jadi saya siasat beberapa buah rumah di hadapan dan disebelah taska, rumah yang dimiliki atau disewa oleh seorang wanita bujang. Hanya satu nama yang muncul Anita binti Razak. Setelah itu, saya cari akaun facebooknya dan menjumpai semua maklumat tentang Anita. Status terakhirnya ialah 'menikmati makanan ibu' dan lokasi bukit beruntung."
"Jadi semuanya dapat dari facebook? Maknanya tak adalah hebat sangat detektif Sheri ni." Bidas johan tanpa berselunding. Sheri menjeling marah lalu menyilangkan tangan seraya berkata
"Hebatlah dari inspektor johan. Apa guna ada facebook kalau tak pandai manfaatkannya." Giliran johan menjeling.
Johan kemudian bertanya menghilangkan keliru selain untuk meregakan ketegangan yang dicetuskan olehnya.
"Kenapa dia pilih untuk menjadi cikgu taska?"
"Sebab zahid. Awak perhatikan zahid dan apa yang awak nampak?"
"Saya nampak seorang lelaki yang tercalar ego dan remuk hati di tipu bakal isteri."
"Penilaian yang betul tetapi penuh emosi. Sensitif juga awak ni. Lihat penampilan dia, dia memakai seluar slack dan baju t-shirt berkolar yang dibiarkan keluar. Dia juga memakai capal bukan kasut. Selalunya orang begini bersikap tradisional dan konvensional. Baginya perempuan wujud untuk melahirkan dan membesarkan anak-anak. Jadi tidak hairanlah anita memilih watak gadis kampung yang kolot dan kononnya bekerja rapat dengan kanak-kanak. Lihat bagaimana dia dikawal oleh kakaknya. Ayu seorang yang lemah-lembut seterusnya memberi kegembiraan kepada zahid yang akhirnya dapat mengawal seorang wanita yang sangat bergantung harap padanya. Begitulah anita membentuk watak ayu, dengan menjadi wanita idaman zahid yang berjaya mengatasi setiap kelemahannya. Kesimpulannya, setiap tindakan Anita membawa bertujuan."
"Ok. Soalan terakhir, kenapa anita menyewa dua buah rumah, rumah berdekatan taska dan rumah juita?"
" sebab dia tak tahan hidup sebagai Ayu dan dia tak mahu rahsianya terbongkar. Penipuannya untuk jangka masa panjang. Terlalu panjang sehingga memberikan risiko diketahui juita sekiranya dia berhadapan dengannya setiap hari. Juita bukan zahid yang sedang buta dilamun cinta jadi matanya sentiasa buka memerhati tindak tanduk ayu. Dan memudahkan untuk dia berjumpa kelasih hatinya, hanafi."
Johan diam seketika, memproses semua maklumat yang ada. Deduksi yang dilakukan oleh Sheri tidak lari dari logik dan kedengaran amat mudah tapi johan tertanya kenapa dia tidak terfikir langsung.
"Jap, soalan terakhir. Macam mana awak tahu penghuni rumah tu wanita dan bujang? Ketuk pintu setiap rumah dan bertanya akan menimbulkan syak."
"Kenapa perlu ketuk pintu kalau mata boleh memberikan jawapan. Sidaian baju di luar rumah sudah cukup menunjukkan jantina dan status seseorang. Hari nak hujan tapi sidaiannya masih di jemuran, maknanya anita tiada di rumah ataupun sedang tidur mati jadi saya ambil salah satu surat di dalam peti suratnya untuk tahu nama penghuni rumah."

Jalan raya semakin lancar, selancar fikiran johan yang lega kes ini
selesai. Cuma satu sahaja perkara lagi yang harus dilakukan iaitu memberitahu
zahid dan kakaknya. Setelah berbincang dengan Sheri, mereka bersetuju untuk
menyatakan kebenaran tanpa berselindung dan meminta zahid untuk melaporkan kesnya
kepada pihak polis. Kebenaran walaupun menyakitkan tetapi lebih baik dari
penipuan yang indah.
Anita akhirnya ditangkap di rumah ibunya. Siasatan ke atas akaun bank anita
menunjukkan segala transaksi pindahan wang dari bekas-bekas tunangnya
seterusnya mengaitkan Anita dengan penipuannya. Sayangnya, hanafi lepas bebas
setelah dia mengaku dirinya juga diperalat anita, meninggalkan anita sendirian
dalam perjuangannya mengekalkan kebebasan. Menitis air mata anita ditinggalkan
hanafi begitu sahaja setelah apa yang mereka lalui bersama. Namun masih ada
yang menyayangi si cantik, anita. Zahid mengupah seorang peguam bela bagi
membantu anita walaupun ditegah oleh kakaknya dan dia berikrar untuk menunggu
anita sehingga anita keluar penjara sekiranya anita di jatuhkan hukuman
penjara. Itulah kisah cinta zahid yang naif dan anita si cantik yang licik.
0 comments:
Post a Comment