KES 1: PENCURI IDENTITI

Thursday, September 11, 2014




KES 1: PENCURI IDENTITI

Desa Kenari. 10.35 malam

Selepas mendengar bunyi tembakan, Sheri lantas memanjat pagar hijau rumah En Marzuki dan berlari masuk ke dalam rumah. En marzuki yang masih berpakaian pejabat terlantar berlumuran darah di ruang tamu rumah dua tingkat itu. Ketika Sheri mendekatinya, marzuki melambaikan tangan sambil mengerang kesakitan. Dalam kepayahan dia cuba berkata sesuatu tetapi yang terdengar hanyalah dengusan sebelum dia menghembuskan nafas terakhir. Selepas menghubungi pihak berkuasa, Sheri megambil masa meninjau kawasan rumah marzuki.

Ruang tamu berada dalam keadaan kemas dan darah hanya kelihatan di sekitar mangsa. Di sebelah ruang tamu, terdapat sebuah bilik yang kelihatan sperti ruang kerja. Bilik ini tersusun rapi malah di atas rak setiap buku disusun mengikut abjad nama penulis buku. Di atas meja pula terdapat sebuah komputer riba yang masih terpasang tetapi memerlukan kata kunci untuk mengaksesnya.

Sheri menaip Sunan302 pada papan kekunci dan seperti dijangka itulah kata laluan yang digunakan oleh en marzuki. Sheri memuat turun semua fail yang ada ke dalam pemacu kerasny. Dia turut memeriksa e-mail en marzuki tetapi semuanya berkaitan kerja. Sementara menunggu proses memuat turun, Sheri menyiasat kawasan bilik itu.

Melihatkan tiada sebarang kertas di atas meja, Sheri mengandaikan segala urusan kerja di lakukan menggunakan komputer dan secara atas talian. Setiap laci diperiksa tetapi tiada apa yang menarik perhatiannya. Sheri sekali lagi memeriksa rak buku di sudut kanan bilik itu. Walaupun kemas dan teratur tetapi terdapat banyak debu menandakan yang buku-buku itu sudah lama tidak diambil dan dibaca. Debu merupakan satu bukti yang amat berharga memandangkan ia tidak boleh di tiru oleh manusia apatah lagi memanipulasi kehadirannya. Kesan debu itu bagaimanapun hilang di bahagian atas kiri rak.

"Eh, kenapa kamus ini ringan?" Gumam Sheri. Di luar terdengar siren polis memecah keheningan malam kejiranan desa kenari. Selepas mengambil pemacu keras dan memastikan bilik itu seperti tidak pernah diusik, Sheri bergegas keluar untuk membuka pintu. Walaupun dia tidak sempat untuk memeriksa seluruh kawasan rumah ini,tetapi dia percaya dia sudah menjumpai bukti yang mencukupi dan berpuas hati dengan siasatannya.

Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.  9.45 malam.

Seorang pegawai penyiasat masuk ke bilik siasatan sejurus diberi taklimat ringkas berkenaan kes pembunuhan en marzuki. Dia mengambil alih tugas rakan sejawat yang terpaksa pulang ke kampung kerana ibu meninggal dunia.

Saat dia melangkah masuk ke bilik siasatan, dia memandang suspek atas ke bawah, cuba mentafsir pertawakan dia melalui fizikal dan luaran suspek.

Tinggi dalam 156, berbadan kurus, berdada leper. Berkulit sawo matang, berwajah bulat dan agak tembam. Kening tebal,bermata tajam. Berbaju t-shirt putih kosong berseluar jeans hitam dan bertudung bawal hitam. Dia seperti gadis biasa di temui jalan-jalan kota. Apa kaitan dia dengan mangsa? Semestinya bukan hubungan keluarga. Pembunuh? Dia tidak kelihatn seperti pembunuh, lebih seperti peminat kpop. Tapi remaja zaman ini sukar untuk dijangka.

Dia memulakan soal siasat dengan perbualan biasa, cuba untuk membina hubungan baik dengan suspek. Sebagai pegawai penyiasat berpengalaman, cara mengendalikan soal siasat juga penting, tidak seperti yang sering di mainkan di kaca televisyen di mana pihak polis menyoal suspek dengan menghentak meja dan membentak-bentak. Selagi tidak dijatuhkan hukuman, suspek masih lagi tidak bersalah, itulah prinsip yang dipegangnya selama ini.

“Boleh cik Sharifah Hana ceritakan apa yang cik lakukan di rumah en marzuki pada 2 Februari 2014 pada jam 10.35 malam.”

Sheri menjawab dengan ringkas,“saya diminta datang oleh mangsa.”

“Atas urusan apa?”

“Urusan kerja. Mangsa ialah pelanggan saya.”

Walaupun berusaha untuk mempamerkan wajah seriusnya, tetapi masih jelas riak terkejut mendengar jawapan gadis kecil di hadapannya. Adakah dia pelacur? Itulah persoalan pertama yang muncul di benak pegawai itu.

Sheri yang melihat keadaan itu tergelak besar. Dia lantas bersuara,

"Saya bukan pelacur. En marzuki merupakan pelanggan di restoran tempat saya bekerja dan beberapa hari lepas dia minta tolong saya menyiasat kerana rumahnya dimasuki orang tetapi tiada kecurian berlaku. Dia memanggil saya datang pada malam itu untuk menunjukkan sesuatu tetapi tidak sempat. Semua ini sudah saya terangkan ketika di tanya polis semalam. Jadi, atas dasar apa saya ditahan dan dijadikan suspek, en pegawai?" Sheri melemparkan senyuman sinis yang disambut dingin oleh lelaki muda dihadapannya.

"Penyiasat persendirian. Menarik. Jadi, apa yang kamu jumpa?" Soalan dibalas soalan namun bagi Sheri, itu bukan soalan tetapi lebih kepada sindiran dan dia sangat membenci orang yang meragui kebijaksanaannya. Maruah dirinya terasa tercalar.

"En marzuki dibunuh oleh seorang lelaki berumur awal 40an yang bekerja sebagai tukang kebun di sebuah sekolah rendah di kuala lumpur. Lelaki itu sekarang ini menuju ke satu lokasi bersama cangkul dan penyodok untuk mencari harta yang boleh mengubah masa depan dan juga identitinya. Dan sekiranya polis tidak bertindak menangkap saya, dia mungkin sudah ditangkap. Jadi, dengar nasihat saya, lepaskan saya sebelum dia terlepas."

Pegawai itu terkedu sebentar sebelum tergelak besar. Dia berkata,

"Cik Sharifah Hana, saya tidak mahu terlibat dengan permainan detektif cik. Kamu tahu tak yang kamu didakwa dibawah..."

"Seksyen 302 kanun keseksaan, saya tahu dan saya tidak main-main." Keadaan di bilik siasatan itu semakin tegang.

Tok, tok, tok. Tiba-tiba pintu diketuk dan kelihatan seorang lelaki segak beruniform polis melangakah masuk tanpa dijemput.

"Tuan." Pegawai berdiri sambil memberi tabik tanda hormat kepada pegawai atasannya.

"Inspektor, sila bawa cik sharifah hana ke bilik tetamu, dia bukan lagi suspek" Pegawai keliru itu membantah sebelum dibidas oleh ASP Joni yang menyatakan sekali lagi Sheri bukan lagi suspek malah akan dilayan sebagai pembantu dalam menyelesaikan kes pembunuhan yang kian hangat diperkatakan di media-media tempatan.

Keadaan tegang di bilik siasatan berlanjutan hingga ke bilik tetamu. Pegawai muda itu sedang tenggelam dalam persoalannya manakala Sheri tenggelam dalam kemarahannya. Dia nekad untuk membuktikan dirinya bukan gadis biasa dan fizikalnya tidak membataskan keupayaannya. Persepsi manusia sangat mudah dibentuk tanpa menghiraukan fakta yangsebenar dan teori tanpa fakta sangat berbahaya.

“Pihak polis tidak dibenarkan berkongsi maklumatdengan orang awam melainkan untuk perolehan maklumat yang lain tetapi memandangkan kamu pernah membantu pihak polis sebelum ini jadi saya rasa tidak menjadi masalah untuk membantu kali ini juga. Cik Sharifah Hana, saya kenalkan Inspektor Johan, pegawai penyiasat bagi kes ini dan Detektif Laila. Inspektor, detektif, cik Sharifah Hana pernah meminjamkan kebijaksanaannya dalam menyelesaikan kes sebelum ini. Saya mahu kamu berdua memberikan kerjasama kepada beliau.” Bicara Tuan Superitenden Mohamad.
“Jangan risau, setiap perkataan dari dalam bilik ini tidak akan saya bawa keluar. Saya sudah sedia maklum dengan undang-undang jenayah dan saya rasa lebih cepat kita mulakan lebih baik, memandangkan pembunuh En. Marzuki sudah bertindak jauh ke hadapan.” Balas Sheri dengan nada sopan.
Tuan Mohamad mohon mengundur diri dan membiarkan Sheri bersama Inspektor Johan dan Detektif Laila untuk berbincang berkenaan kes. Sejurus pintu ditutup, Suri terus memulakan perbincangan.
“Biarlah saya berterus-terang, saya merupakan detektif yang diupah oleh En Marzuki untuk menyiasat pencerobohan rumahnya beberapa minggu yang lepas. Pada 26 Januari, rumah mangsa dimasuki oleh seseorang tetapi tiada sebarang kecurian yang berlaku. Tiada kesan kopak di pintu dan di tingkap. 2 hari kemudian kejadian sama berulang sekali lagi dan berlarutan sehingga 1 Februari.”
“Jika tiada kesan, bagaimana mangsa tahu rumahnya dimasuki?” Soal Detektif Laila.
“CCTV dipasang di pintu hadapan dan ruang tamu mangsa. Walaubagaimanapun, penceroboh tersebut memakai penutup muka dan sarung tangan. Berkenaan dengan mangsa, mangsa tinggal berseorangan dan merupakan ahli perniagaan yang memiliki beberapa buah pusat dobi sekitar Kuala Lumpur. Menurut siasatan saya, tiada sebarang keraguan dalam transaksi perniagaan mangsa.” Jawab Sheri
“Mangsa memasang CCTV? Kawasan itu bukanlah kawasan kejiranan ekslusif dan tiada sebarang kecurian pernah dilaporkan di sekitar kawasan tersebut. Bukan ke mangsa seperti menyembunyikan sesuatu?” Johan bersuara dengan penuh keraguan. Nampaknya dia masih meragui keupayaan gadis kecil molek di hadapannya.
“Masa silamnya, itu yang disembunyikan. Marzuki bin Ishak sepatutnya meninggal dunia 15 tahun yang lepas. Melainkan mangsa ada kuasa untuk hidup semula, tidak mungkin mangsa yang mati semalam merupakan En Marzuki.” Suri menjawab dengan penuh keyakinan.
Inspektor Johan dan Datektif Laila saling pandang memandang seakan tidak percaya dengan maklumat yang baru didengar. Setakat yang mereka tahu, nama mangsa yang dibunuh merupakan Marzuki berdasarkan kad pengenalan yang dijumpai dalam dompet mangsa.  Suri meneruskan kata-katanya.
“Jika kamu masih ingat 15 tahun lepas, negara dikejutkan dengan kes-kes rompakan kedai emas disekitar Johor Bahru dan Melaka. Hampir 10 kedai emas dirompak dengan kerugian mencecah jutaan ringgit. Kononnya, perompak itu telah ditumpaskan dengan kematian 2 orang perompak yang ditembak mati oleh pihak polis dalam pertempuran di Bandar hilir Melaka sementara 2 orang lagi perompak berjaya melarikan diri. Kes ditutup selepas tiada sebarang maklumat berkenaan dengan perompak tersebut sehingga sekarang.”
2 anggota polis tersebut sekali lagi terpinga-pinga. Mereka berdua bertugas kurang sepuluh tahun dengan Polis DiRaja Malaysia.
“Identiti sebenar si mati di bilik mayat polis sekarang ini ialah Shariman bin Latip, berusia 35 tahun, salah seorang perompak kedai emas dan lebih dikenali sebagai Man cotar. Jangan Tanya saya mana dia dapat nama itu.” Suri cuba berseloroh tetapi mereka berdua masih terdiam dan berwajah serius.
“Mana kamu tahu semua ini? Cik Sheri, kami pihak polis tiada masa nak melayan cerita detektif kamu dan identiti mangsa memang telah disahkan sebagai Marzuki bin Ishak.” Kata Inspektor Johan dengan nada tegas. Detektif Laila menggelengkan-gelengkan kepala seakan tidak percaya dengan fakta yang dilontarkan oleh Suri.
“Inspektor Johan, bagaimana pengesahan yang dilakukan pihak polis? Kamu hanya bandingkan muka mangsa dengan muka pada kad pengenalan. Tiada padanan DNA ataupun rekod gigi dilakukan. Ini bukan satu teori tetapi fakta berdasarkan siasatan saya. Fail ini ada semua bukti yang menyatakan identiti sebenar mangsa. Saya mahu pergi buat kopi sebentar.” Sheri berlalu pergi selepas meletakkan fail biru di atas meja. Johan terus mengambil dan menyelak fail tersebut. Di dalam fail tersebut terdapat resit pembayaran bernilai RM 50,000 kepada Dr. Mogesh, pakar pembedahan plastic selain salinan report doctor tersebut bertarikh 17 Disember 2000. Gambar wajah sebenar dan wajah selepas pembedahan turut dilampirkan.
“Detektif, nampaknya kerja kita berdua sudah diambil alih. Siapa perempuan ini sebenarnya?” Mereka berdua serentak memandang kearah Sherii ketika dia sedang melangkah masuk.
“Saya buat untuk saya seorang sahaja. Kalau kamu nak, sila buat sendiri.” Sambil mengangkat cawannya, Sheri melemparkan senyuman.
“Bagaimana kamu dapatkan semua dokumen. Sekiranya ini dokumen curi, ia tidak boleh digunakan sebagai bukti dalam mahkamah.” Tegas Johan yang sememangnya sudah mahir dalam prosuder pendakwaan di mahkamah. Sekiranya tersilap langkah, bukti yang boleh digunakan untuk menyabitkan kesalahan boleh menjadi bukti yang membebaskan tertuduh. Dia tidak mahu reputasinya tercalar sekiranya perkara ini berlaku.
“Saya dapatkan semua dokumen itu dalam sebuah folder tersembunyi dalam computer mangsa. Kamu boleh suruh pakar computer untuk mengesahkan kewujudan dokumen ini. Mangsa seorang yang teliti dan kemas, jadi sudah semestinya dia akan menyembunyikan semua maklumat penting dalam computernya. Orang sepertinya tidak akan membuang semua maklumat penting walaupun bahaya sebagai persediaan sekiranya apa-apa berlaku kelak. Sayangnya, dokumen ini menjadi bukti penting untuk mendedahkan siapa dia sebenarnya.” Setelah berpuas hati dengan penjelas Sheri, Johan meneruskan perbincangan mereka.
“Jadi maknanya, pembunuh Shariman ialah salah seorang rakan geng perompak kedai emas?” Soal Johan.
“Betul tu. Identiti pembunuh juga telah dikenalpasti cuma kedudukannya saya masih tak tahu.” Sheri menyerahkan sehelai kertas yang tertera nama Sharif binti Latif berserta sekeping gambar lama.
“Kalau sudah tahu bolehlah kita siarkan gambar pembunuh di media.” Cadang Detektif Laila tetapi ditolak oleh Inspektor Johan.
“Mungkin pembunuh sudah menukar wajahnya dan melarikan diri ke Thailand. Kita sudah lambat sehari. Cara itu terlalu lambat.”
“Bijak Inspektor. Ketika saya menyiasat sekitar rumah mangsa ada sesuatu yang menarik saya jumpa. Mungkin kamu berdua boleh menolong.” Sheri mengeluarkan sebuah kamus dewan bahasa dan pustaka. Dia kemudian menyuruh Johan membuka kamus tersebut.
Johan membuka kamus itu dan terkejut apabila melihat terdapat sebuah lubang petak di dalam kamus. Helain tengah dalam kamus tersebut dipotong petak dan terdapat sehelai kertas diletakkan dalam plastic. Di atas kertas tersebut terdapat sebuah cerita pendek yang ditaip menggunakan computer. Johan membaca tulisan tersebut dan sesudah habis membacanya dia memandang Sheri dengan wajah yang kurang mengerti. Detektif Laila juga begitu.
“Saya pun masih kurang faham dengan isi kandungan cerita tersebut. Tetapi saya percaya cerita itu merupakan peta tempat persembunyian harta rompakan mereka. Kalau kita nak tahu dimana pembunuh, kita kena bongkar peta harta karun tersebut. Saya percaya pembunuh berada di situ.”
“Macam mana cik tahu?” Detektif Laila bertanya Suri.
“Sebab dia membunuh. Dia tidak akan bunuh Shariman kalau dia tidak tahu lokasi tersebut. Dia menceroboh masuk rumah Shariman untuk mendapatkan peta tetapi tidak berhasil. Dia kemudiaannya berhadapan dengan mangsa untuk mengetahui lokasi harta tersebut kemudian membunuhnya.”
Untuk setengah jam seterusnya, mereka bertiga membaca cerita pendek Shariman berulang-ulang kali. Akhirnya Detektif Laila mengalah dan minta mengundurkan diri memandangkan malam sudah semakin lewat. Johan kemudian bangun untuk membeli makanan untuk mereka berdua. Selepas makan nasi goreng kampung yang dibeli di warung berhmpiran, dia meneruskan usahanya membongkar rahsia cerita tersebut.
“Kamu ada marker?” Akhirnya Sheri bersuara.
Sheri kemudian menulis tiga buah bulatan di atas papan putih.
“Dalam cerita tersebut, ada 3 ekor binatang; gajah, penyu dan kijang. Mereka bertiga berjiran dan hidup aman damai sehingga pada suatu hari kijang mencuri tebu, makanan gajah dan menyorokkannya di suatu tempat. Gajah meminta penyu mencari tebu yang dicuri di lautan tetapi tidak dijumpai. Akhirnya, gajah meminta pertolongan musang untuk mencari tebu tersebut. Musang menjumpai tebu itu tetapi mengkhianati gajah dengan menyorokkan tebu di suatu tempat atas hasutan kijang. Jadi, kita andaikan 3 haiwan tersebut merupakan bulatan ini. Gajah dibawah sekali, penyu ditengah dan kijang di atas. Kemudian saya lukiskan bentuk jantung pisang, apa yang kamu nampak wahai Inspektor yang bijaksana?” Soal Sheri dengan gaya penglipurlara.
Selepas seketika, Johan menjawa dengan nada separuh menjerit. “Pahang, Terengganu dan Kelantan. Gajah ialah Pahang, Penyu ialah Terengganu dan Kijang ialah Kelantan. Betul tak?”
“Tepat sekali. Seterusnya berkenaan tebu yang dicuri?” Lagak Sheri kini berubah seperti guru tadika yang sedang bertanya kepada anak muridnya.
“Kalau tebu itu emas, ia tiada di Pahang dan Terengganu. Kijang yang mencuri jadi maknanya emas berada di Kelantan. Apa kaitan musang? Ah, musang itu maknanya Gua Musang. Jadi emas itu di Gua Musang. Tapi kawasan gua musang tu luas. Ada petunjuk lain tak?” Johan membaca semula cerita gajah dan tebu itu.
“Kawasan gua itu memang luas. Jika awak seorang perompak dengan harta rompakan berjuta ringgit, apa awak akan buat?”
“ Hmm...Tanam adalah cara kuno dan kemungkinan besar saya tidak akan sanggup menggali. Jadi, mungkin saya akan menyorokkannya di dalam sebuah peti yang di simpan di dalam sebuah rumah. Awak pernah berjumpa dengan dia, apa pendapat awak tentang dia? Mungkin di situ ada jawapannya.”
Mendengar kata-kata Johan, Sheri lantas mengambil telefonnya dan menghantar satu pesanan ringkas.
“Saya lapar.” Perubahan sikap Sheri menjengkelkan Johan. Dia yang sedang teruja dengan kelancaran perjalanan siasatan mereka terus berpaling dan menghadap kertas-kertas yang bertaburan di atas meja lantas mengemasnya. Bagi Johan, keadaan sekeliling yang kemas akan membantu otaknya berfikir. Sedang Sheri asyik menghabiskan nasi goreng kampong yang dibeli Johan, Johan bangun dan membancuhkan dua cawan kopi untuk mereka berdua.
Tiba-tiba telefon Sheri berdering menandakan satu pesanan ringkas diterima. Sheri tanpa berlengah mencapainya lantas menunjukkan kepada Johan.
 “Ini alamat rumah Shariman di Kelantan. Saya percaya dia menanam harta itu di dalam tanah, di bawah jubin bilik mandi rumahnya.”
“Bagaimana awak tahu dia tanam dalam bilik mandi?” wajah berkerut Johan diiringi senyuman sinisnya mencuit hati Sheri. Kali ini tiada nada kurang yakin di dalam kata-katanya seperti sebelumnya. Tanpa sedar, dia semakin mempercayai dan meyakini kebijaksanaan Sheri.
“Dalam buku Mandatori karya Ramlee Awang Mursheed, watak utama cerita tersebut menanam bapa angkatnya yang dibunuh di dalam bilik air ketika mereka berdua sedang menanam harta rompakan. Selepas menanam bapanya, dia menyimen jubin baru di atas kubur itu seperti sedia kala.”
“teori yang bagus tapi kenapa buku Mandatori.”
“Cuba awak perhatikan gambar di bilik pejabat mangsa, di atas rak buku, tersusun novel-novel karya Ramlee Awang Murshid yang lengkap. Malah kata laluannya juga berdasarkan watak dalam novel Ramlee Awang Murshid.”
Tanpa berlengah lagi, Inspektor Johan menghubungi Superitenden Mohamad untuk memaklumkan lokasi pembunuh. Malam itu juga, pasukan unit siasatan jenayah Selangor dipimpin oleh Inspektor Johan menuju ke Kelantan sementara Inspektor di balai polis daerah Gua Musang menjalankan tangkapan.
Pembunuh berjaya diberkas pihak polis ketika sedang menggali bilik air rumah teres milik Shariman bersama harta rompakan mereka. Sharif bin Latif didakwa atas tuduhan membunuh seksyen 302 kanun keseksaan dan seksyen 395 dan 397atas tuduhan merompak. Pistol yang digunakan untuk menembak mangsa turut ditemui didalam keretanya. Inspektor Johan dipuji oleh rakan sepasukan dan pihak atasan atas kebijaksanaan dan ketangkasannya mencari lokasi pembunuh seterusnya berjaya menutup 2 kes sekaligus, kes pada tahun 1999 dan 2014. Namun tidak ramai yang tahu bahawa kes itu sebenarnya diselesaikan oleh seorang gadis bernama Sharifah Hana. Seperti kes sebelum ini, Sheri meminta namanya dirahsiakan malah jasanya tidak disebut di mana-mana laporan kes. Bukan kemasyuran yang dicari tetapi keadilan dan kemajuan dalam pemikiran yang dimahukan. 

Cafe Andaman. 9.30 pagi.

Johan yang berpakaian T-shirt gelap dipadankan dengan seluar jeans hitam melangkah masuk ke café Andaman. Dia lantas duduk di sudut café sambil matanya melilau mencari kelibat seseorang. Sharifah Hana menghampirinya sambil membawa menu. Mereka berbalas senyuman. Maka bermulalah perjalanan mencabar dua penyiasat muda yang mengubah takdir mereka selamanya.

KES TUTUP

0 comments: