Biasa, terlalu biasa
Aku mencinta tanpa dicinta
Biasa, terlalu biasa
Aku sunyi dalam ramai
Biasa, terlalu biasa
Aku tak dapat apa dicita
Biasa terlalu biasa
Aku terlepas apa digenggam
Biasa terlalu biasa
Aku megemudi lautan sendiri
Biasa terlalu biasa
Kecewa datang selepas senyuman
Tangisan datang selepas ketawa
Kerana terlalu biasa
Aku terlupa
Tangan untuk memegang
Kaki untuk melangkah
Mata untuk melihat
Telinga untuk mendengar
Akal untul berfikir
Badan untuk bertindak
Dan hati untuk beriman
Aku terlupa
Mengucap tasbih, tahmid dan takbir
Segala puji kepada ilahi
Yang menciptakan dan menentukan
Rezeki dan takdir diri ini
Sungguh aku terlupa
Nikmat diberi didahului rahmat
Ampunan dikurnia sebelum murka
Jangan, jangan biasa
Hanyut, leka syurga dunia
Sedang nanti neraka menanti
Jangan, jangan biasa
Lupakan tuhan, tepikan agama
Murka Allah, mana nak lari
Jangan, jangan biasa
Merintih menyoal nasib diri
Nikmat diberi tak dipeduli
Jangan, jangan biasa
Jadi manusia pelupa
Hidup tak bermakna, mati sia-sia
Neraka jadi rumah abadi.
Tidak, aku tak mahu biasa lagi