Assalamualaikum.
Kali ini kita ingin berkongsi sebuah cerita berdasarkan pengalaman kita. Semuanya bermula tahun lepas, pada sesi terakhir kita bersama kaunsoler. Kita memberitahunya yang kita sudah buat keputusan untuk kembali ke tanah air dan menyambung pengajian di universiti tempatan dalam bidang bisnes. Kita juga katakan yang kita akan berkongsi pengalaman kegagalan dan kejayaan kita bersama rakan-rakan baru, dengan harapan kita dapat memberi inspirasi kepada mereka.
Selepas setahun, kita dapat rasakan bahawa hidup kita berada dilandasan yang sepatutnya. Kita juga dapat melaksanakan misi kita untuk berkongsi pengalaman dengan sahabat kita disini.
dalam ramai-ramai, kita ingin berkongsi cerita tentang seorang hamba Allah ini. Seawal perkenalan kami, kita bertanya tentang cita-citanya dan dengan tangkas dia menjawab ingin menjadi seorang suri-rumah berijazah. Alangkah terkejutnya kita mendengar jawapan dia. Kita tahu ramai yang ingin menjadi seorang suri rumah tetapi berapa ramai je yang ingin menjadi suri rumah berijazah. kita terus bertanya, itu sahaja ke?dan dia terus membisu.
Sepanjang persahabatan kami, kita lihat dia seorang yang mempunyai semangat belajar dan keinginan untuk menimba ilmu cuma kadang-kadang dirinya terbelenggu dengan sikap-sikap yang sudah sebati dalam dirinya. Dia seorang yang rajin bertanya walaupun pemalu. kita juga lihat dia semakin kerap mendampingi buku-buku sebagai wacana ilmu. Namun adat manusia zaman kini, tidak terlepas daripada godaan laman sesawang seperti facebook.
Kini, apabila ditanya tentang cita-citanya, dia masih kekal dengan jawapan sebagai suri rumah berijazah cuma terdapat lebih penjelasan menunjukkan yang dia semakin jelas dengan masa depannya. Dia mahu menjadi seorang ibu yang boleh mendidik anak-anaknya dengan ilmu akhirat dan membantu mereka dengan ilmu dunia. Selain itu, untuk membantu suaminya, dia mahu berniaga, membuka sebuah kedai bersama rakan-rakannya. Oleh sebab ini, dia bukan sahaja dapat meringankan tugas suami mencari rezeki tetapi juga punya masa yang banyak untuk bersama dengan anak-anaknya.
Kita doakan yang cita-citanya yang tulus dan murni ini tercapai satu masa nanti dan semoga Allah merahmati hidupnya.
Apa yang dapat kita simpulkan di sini ialah:
Belajar bukan sekadar untuk segulung ijazah,
Belajarlah kerana dahagakan ilmu.
Seorang wanita tugas utamanya bukan sekadar melahirkan
tetapi mendidik,
jika suami dikatakan tuggak keluarga, isterilah yang menyempurnakannya
Kegagalan itu menyakitkan,
namun
Mereka yang tidak pernah merasa kegagalan
tidak akan merasa nikmat kejayaan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment