Cita hawa

Tuesday, February 19, 2013

Assalamualaikum.

Kali ini kita ingin berkongsi sebuah cerita berdasarkan pengalaman kita. Semuanya bermula tahun lepas, pada sesi terakhir kita bersama kaunsoler. Kita memberitahunya yang kita sudah buat keputusan untuk kembali ke tanah air dan menyambung pengajian di universiti tempatan dalam bidang bisnes. Kita juga katakan yang kita akan berkongsi pengalaman kegagalan dan kejayaan kita bersama rakan-rakan baru, dengan harapan kita dapat memberi inspirasi kepada mereka.

Selepas setahun, kita dapat rasakan bahawa hidup kita berada dilandasan yang sepatutnya. Kita juga dapat melaksanakan misi kita untuk berkongsi pengalaman dengan sahabat kita disini.

dalam ramai-ramai, kita ingin berkongsi cerita tentang seorang hamba Allah ini. Seawal perkenalan kami, kita bertanya tentang cita-citanya dan dengan tangkas dia menjawab ingin menjadi seorang suri-rumah berijazah. Alangkah terkejutnya kita mendengar jawapan dia. Kita tahu ramai yang ingin menjadi seorang suri rumah tetapi berapa ramai je yang ingin menjadi suri rumah berijazah. kita terus bertanya, itu sahaja ke?dan dia terus membisu.

Sepanjang persahabatan kami, kita lihat dia seorang yang mempunyai semangat belajar dan keinginan untuk menimba ilmu cuma kadang-kadang dirinya terbelenggu dengan sikap-sikap yang sudah sebati dalam dirinya. Dia seorang yang rajin bertanya walaupun pemalu. kita juga lihat dia semakin kerap mendampingi buku-buku sebagai wacana ilmu. Namun adat manusia zaman kini, tidak terlepas daripada godaan laman sesawang seperti facebook.

Kini, apabila ditanya tentang cita-citanya, dia masih kekal dengan jawapan sebagai suri rumah berijazah cuma terdapat lebih penjelasan menunjukkan yang dia semakin jelas dengan masa depannya. Dia mahu menjadi seorang ibu yang boleh mendidik anak-anaknya dengan ilmu akhirat dan membantu mereka dengan ilmu dunia. Selain itu, untuk membantu suaminya, dia mahu berniaga, membuka sebuah kedai bersama rakan-rakannya. Oleh sebab ini, dia bukan sahaja dapat meringankan tugas suami mencari rezeki tetapi juga punya masa yang banyak untuk bersama dengan anak-anaknya.

Kita doakan yang cita-citanya yang tulus dan murni ini tercapai satu masa nanti dan semoga Allah merahmati hidupnya.

Apa yang dapat kita simpulkan di sini ialah:

Belajar bukan sekadar untuk segulung ijazah,
Belajarlah kerana dahagakan ilmu.

Seorang wanita tugas utamanya bukan sekadar melahirkan
tetapi mendidik,
jika suami dikatakan tuggak keluarga, isterilah yang menyempurnakannya

Kegagalan itu menyakitkan,
namun
Mereka yang tidak pernah merasa kegagalan
tidak akan merasa nikmat kejayaan.

Hijrah

Thursday, February 14, 2013

Kala ini, semakin ramai umat Islam yang kembali ke jalan yang benar dan mula sedar untuk berhijrah. Kemudahan teknologi menjadikan penyebaran ilmu semakin mudah. Maka berduyun-duyunlah umat Islam mencari ilmu dan beramal dengan niat memperoleh keredhaan Allah. Tiada jalan yang lebih terang dari jalan Islam. Kita manusia sentiasa lalai dan leka tentang tujuan sebenar kita dicipta, ada yang mendabik dada dengan kesenangan yang diberi Allah. Antara persoalan yang sering kita tanyakan pada diri ialah:

1. bersediakah untuk mati?
2. andai mati itu menjelang, adakah akan gembira atau berduka?
3. Bagaimana ingin kembali?
4. Kita dambakan syurga tetapi terasa diri tidak layak untuk kesana tetapi kita xsanggup ke neraka. Jadi, bagaimana?

ramai antara kita yang masih mencari. Hidayah takkan datang bergolek. Usaha, doa dan tawakkal perlu seiring. Malah setiap amalan mestilah dilakukan secara Istiqamah-berterusan.

Perkara yang paling penting sekali dalam menjadi muslimah solehah ialah solat kerana solat tiang agama. Jadi antara usaha untuk berhijrah yang boleh dilakukan ialah:

1. Solat 5 waktu di awal waktu
2. Membaca Al-quran dan maknanya.
3. Membaca bismillah dalam semua perkara
4. berkawan dengan org-org soleh
5. Menghadiri majlis-majlis ilmu.

Doakanlah kita berjaya untuk berubah menjadi wanita yang solehah. Amin.



Resepi Bubur Nasi Bersantan

Pada satu malam yang indah, tiba-tiba perutku berkeroncong. Malangnya, rumah ni ada ikan bilis je. so, kita pun 'call' mak kita minta resepi bubur nasi bersantan.

Bahan-bahan
1. beras
2. air
3. nasi

cara-cara:
1. masakkan nasi macam biasa tapi tambah air apabila mula kering.
2. selepas nasi sudah kembang, masukkan santan.
3.santan tu sebanyak yang disukai dan masukkan garam secukup rasa.
4. kacaukan nasi ngan santan. biarkan sekejap tetapi jangan sampai santan pecah minyak.

Kalau hendak sedap, makan dengan ikan bilis goreng kicap.

bahan-bahan
1. ikan bilis
2. bawang merah dan bawang putih
3. kicap
4. lada

cara-cara:
1. goreng ikan bilis sampai garing dan ketepikan
2. tumis bawang
3. masukkan kicap secukup rasa.
4. masukkan lada.
5. masukkan ikan bilis yang digoreng.