17 Ramadhan adalah tarikh bersejarah bagi umat islam. Pada hari ini, diturunkan ayat Al-Quran yang pertama(surah al-alaq) di gua hira' melalui perantaraan malaikat jibril.
Perkataan "Nuzul" bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Tujuan tulisanku bukanlah untuk menyatakan fakta yang umum tahu tetapi berkongsi rasa tentang Al-Quran.
Pernahkah terlintas kepada kita bahawa Al-Quran ialah ayat dari Allah kepada manusia. Fikirkan betul2,ayat2 yang kita baca selama ini bukanlah kitab biasa ciptaan manusia tetapi dari Tuhan Pencipta Alam ini, yang diturunkan dari langit tertinggi. Bukankah itu satu rahmat yang besar bagi hamba yang hina seperti kita.
Al-Quran, petunjuk kepada umat Rasulullah untuk segala aspek kehidupan. Al-Quran punya semua formula untuk menjadi hamba yang taat dan bertaqwa. Malangnya, manusia kini semakin sombong, tidak menjadikan sumber rujukan utama dalam menjalankan urusan hidup Betapa kita manusia yang tidak bersyukur!
Terus-terang kukatakan, aku juga termasuk dalam golongan manusia yang sering lupa. Apabila tiba Ramadhan baru sibuk nak baca Quran, apabila hati betul resah baru nak belek Quran. Kenapalah begitu sukar untuk mendidik hati!
Walau dahulu, aku jarang membaca Al-Quran (Ya Allah, berikan hambaMu petunjuk) tapi aku sering terpesona dengan ayat2 dan maknanya. Aku selalu ada masalah dalam menjalankan sesuatu yang aku rancang, contohnya, aku cadang nak study lepas sahur tapi xpernah berjaya melakukannya. Aku sangat marah kepada diriku sendiri dan pada waktu itu, terbacalah aku ayat 23:24 surah Al-Kahf(18) yang bermaksud:
'Dan janganlah sekali-kali engkau mengatakan terhadap sesuatu,"Aku pasti melakukan itu besok pagi" kecuali (dengan mengatakn) "insyaAllah". Dan ingatlah kepada tuhanmu apabila engkau lupa dan katakanlah "Mudah-mudahan Tuhanku akan memberiku petunujk kepadaKu agar aku yang lebih dekat (kebenarannya daripada ini)'.
Aku bukanlah seorang yang berilmu dalam mentafsir ayat Quran tetapi ini sudah cukup untuk mengingatkanku apa yang harus aku lakukan(atau sebutkan) ketika merancang dalam mebuat sesuatu.
Sememangnya Al-Quran adalah sumber terbaik kita dalam hidup ini. Aku harap dapat mengamalkan membaca Al-Quran setiap hari dan belajar tentang makna ayat2nya.InsyaAllah.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment