dlm byk2 soalan dlm dunia ni, soalan tentang hati yg paling sush,soklan letrik lagi seng kot..hahaha...tpi kenapa?? mungkin sbb jwpannye terlalu subjektif dan pergantungannya pada manusia juga keadaan..
walau kita tanye seribu org, masih sukar mencari jawapan yang sebenar, mungin juga persoalannya semakin bertambah..apa yang harus dilakukan? entahlah, aku sendiri masih mencari. namun bagi aku, aku lebih suka menggunakan setiap pancaindera yang ada untuk mengerti semua ini.
ya, aku akan bertanya pendapat manusia lain tapi selalunya aku xdapat menerima segalanya kerana aku faham setiap insan itu unik dari segi pemikiran dan peribadi. aku juga faham jawapannya ada pada aku,cuma aku harus bijak menggunakan akal yang diberi.
orang bijak pandai ada berkata, "jangan ikut hati,ikut hati mati",ada benarnya tapi tahukah kita, perkara pertama yang terdetik dalam hati adalah jawapan namun seringkali dicemari dengan bisikan syaitan, nafsu-nafsi, dan akal yang logikal. oleh sebab kesukaran untuk menepis semua inilah, kita gunakan akal yang rasional berpandukan ajaran islam. prinsip inilah yang aku pegang selama ini.
kini, semakin aku sedar betapa pentingnya hati dalam diri manusia. bagaimana harus ku jaga hati ini supaya bersih dari noda? ada aku temui beberapa jawapan tentang persoalan itu namun entah mengapa terlalu berat untuk aku ikuti, rebung sudah menjadi buluh, semestinya sukar untuk dibentuk.
Persoalan tentang hati tak mungkin kan terjawap andai pintunya tertutup. Ramai yang sudah menemukan jawapan tetapi tegar untuk menerima kerana takut akan kehilangan sesuatu yang mereka sendiri tidak pasti. bukalah hati, jangan takut pada akibat yang menanti kerana walau apa pun jalan yang dipilih pasti ada dugaannya. Tiada satu perkara pun dalam dunia ini yang percuma, setiap tindakan pasti ada balasan walaupun hanya sebesar biji zarah. jangan sekali-kali lupa setiap keputusan pasti akan mempengaruhi manusia dan keadaan sekeliling, jadi fikirkanlah sedalam-dalamnya.
andai satu masa xmampu lagi menahan segalanya, adulah pada sang pencipta kerana hanya DIA yang Maha Mengetahui dan hanya DIA yang Maha Memahami. Cinta manusia hanya sementara, kadang membawa ke syurga, kadang ke neraka tapi cinta pada ALLAH yang Maha ESA, syurga lah tempat kita. Tepuk dada tanyalah iman.
Mengapa sentiasa diri diuji? Mengapa dalam lautan manusia, hati ini yang derita? kerana setiap ujian mematangkan, tanda kasih pemilik seluruh Cinta pada hambaNya. jangan mengeluh Sarah, dirimu beruntung kerana Dia masih mahu mendidik mu, ramai insan yang dibiar hanyut dalam syurga dunia. Setiap kali aku terkenang kesusahan yang kulalui, aku rasa semakin teguh, seteguh karang dilautan,semakin kuat, sekuat buluh di hutan.
semoga ketabahan ini berpanjangan agar diri tidak tersungkur di pintu syurga.
nukilan : sarah....peace!