Pedang

Monday, December 31, 2012

Bicaranya setajam pedang,
Menghiris sesiapa yg menghampiri.

Apa yang ditakuti?
Apa yang cuba dilindungi?

Setiap hayunan menggoyahkan pegangan
Kadang melukakan dirinya sendiri
Berpinar mata terus berdiri

Apa mahu dicari?
Apa yang tersembunyi?

Ramai terbunuh, ramai yang lari
Menjauhi mata pedang
Namun, sentiasa ada menghampiri
Terpukau pada kilauan pedang
Tertarik pada seninya pedang

Tahukah dia? Pedang itu mencari mangsa.
Untuk melindungi yang tersembunyi
Untuk mencari yang ditakuti.

0 comments: