Showing posts with label iman. Show all posts
Showing posts with label iman. Show all posts

Buat Kamu Yang Bisu

Tuesday, August 19, 2014

Tajuk:    Indah Tawakal
Nukilan: Missysecret

Kalau aku khabar padamu
Sebuah cerita cinta
Berpaksi iman
Bertunjang tawakal
Pasti kau tidak percaya

Andai aku katakan padamu
Doa mengganti kata pujukan
Bisikan tasbih melawan rindu
Pasti kau menyindirku

Jika aku bicarakan padamu
Langkah ku kehatinya
Tersimpul bersama janji kepada yang Esa
Bahwa aku mahu ke syurga bersama
Pasti kau berlalu pergi
Dan mengganggap ku gila

Antara gila dan putus asa
Antara putus asa dan keindahan tawakal
Ibarat cahaya dalam kegelapan

Buat dirinya berkeliling indah 
Aku pamerkan sederhana 
Wajah sebenar tanpa topeng 
Biar dia tidak menyukai asal tidak membenci

Hatiku, hatinya milik Allah
Pemilik segala cinta
Harus Dia yang menentukan
Tertuliskah diLauh Mahfuz jodoh ini
Atau hanya anganan dara di malam gelita
Hanya padaMu Allah aku berserah
Bukan pada bulan kaku,
Bukan pada angin lalu, 
Bahkan bukan pada kau yang bisu


Biasa

Tuesday, August 12, 2014

Biasa, terlalu biasa
Aku mencinta tanpa dicinta
Biasa, terlalu biasa
Aku sunyi dalam ramai
Biasa, terlalu biasa
Aku tak dapat apa dicita
Biasa terlalu biasa
Aku terlepas apa digenggam
Biasa terlalu biasa
Aku megemudi lautan sendiri
Biasa terlalu biasa
Kecewa datang selepas senyuman
Tangisan datang selepas ketawa

Kerana terlalu biasa
Aku terlupa
Tangan untuk memegang
Kaki untuk melangkah
Mata untuk melihat
Telinga untuk mendengar
Akal untul berfikir
Badan untuk bertindak
Dan hati untuk beriman
Aku terlupa
Mengucap tasbih, tahmid dan takbir
Segala puji kepada ilahi
Yang menciptakan dan menentukan
Rezeki dan takdir diri ini
Sungguh aku terlupa
Nikmat diberi didahului rahmat
Ampunan dikurnia sebelum murka

Jangan, jangan biasa
Hanyut, leka syurga dunia
Sedang nanti neraka menanti
Jangan, jangan biasa
Lupakan tuhan, tepikan agama
Murka Allah, mana nak lari
Jangan, jangan biasa
Merintih menyoal nasib diri
Nikmat diberi tak dipeduli
Jangan, jangan biasa
Jadi manusia pelupa
Hidup tak bermakna, mati sia-sia
Neraka jadi rumah abadi. 

Tidak, aku tak mahu biasa lagi

Jodoh dari Allah

Sunday, August 10, 2014

Mereka ketawa, mereka menyeringai, mereka berkata
Mungkin kau jodohku
Terperosok aku tersipu

Dalam ketawa aku menangis
Dalam tangis aku ketawa
Seluruh jiwa bersatu bicara
Mereka bukan tuhan

Tatkala basah wuduk damai menyejuk
Sujudku lama mohon ampunan
Kerana terbuai cinta dunia
Khusyukku satu raih kekuatan
cinta dunia bawa ke syurga

Dalam zikir, tahmid dan takbir
Doaku sisip agar tenang lara
Tiada penolong sebaik Dia

Masa bergilir sepi
Tapi aku tetap damai
Redha sudah sebati

Andai benar kata mereka,
Akan ku jaga dirimu setulus jiwa
Andai benar telah disangkal,
Akan ku jaga hati dan iman
Cuma satu kekal sama
Allah melindungi dan menyayangiMu
Walau dimana engkau berada